Jump to content

Yuzuru Hanyu Edisi Bahasa Melayu

Recommended Posts

Apa khabar para rakyat Malaysia yang merupakan peminat Yuzuru Hanyu?😂

Selamat datang ke forum Planet Hanyu edisi Bahasa Melayu di mana kita membincangkan pencapaian-pencapaian Yuzuru Hanyu dalam sukan luncur ais dan bagaimana beliau menjadi amat terkenal di seluruh dunia.Saya berharap agar dapat berapa banyak rakyat Malaysia yang merupakan peminat Yuzuru Hanyu selain daripada saya sendiri.

Sila jaga tatasusila masing-masing semasa berada dalam forum Planet Hanyu.Jangan suka melemparkan kata-kata fitnah antara satu sama lain dan memuat naik perkara-perkara yang tidak elok sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati dalam kalangan ahli-ahli lain.Pendek kata,hormatilah peraturan-peraturan yang sudah sedia ada.

Satu lagi permintaan dari diri saya iaitu tolong guna Bahasa Melayu dengan cara yang betul...^^

((Jika ada sebarang perubahan,kemungkinan besar apa yang saya tulis akan disunting semula...))

P.S:Ahli ini berasal dari Kudat,Sabah,Malaysia.

:peek:

Link to comment
Share on other sites

  • 2 weeks later...
  • 2 weeks later...
  • 3 weeks later...
5 minutes ago, MallisaSaila said:

Welcome @ranran buat macam rumah sendiri ye, memandangkan tuan rumah macam busy je. Jom kita meriahkan benang ni hihihi

awak semua bila start minat dengan yuzu? Sy maybe masa Olympic yg lepas. 😅😅:embSwan:

For me, saya around fantasy on ice tahun lepas (2017) di mana saya nampak video space neko yuzu :kitty:

Itulah definisi "cinta pandang pertama" :8788161: lepas tu obses sgt dengannya sehingga saya mula kejar figure skating :dancingpooh:

Link to comment
Share on other sites

@MallisaSaila Betul x3!!! :tumblr_m9gcttgdYF1qzckow:Masa free program kumpulan lelaki, saya dalam perjalanan ke rumah saudara-mara untuk menyambut Tahun Baru Cina. Saya pegang je telefon pintar saya sepanjang masa untuk tengok livestream. Mmg seronok!! Apabila tahu bahawa dia menang, saya tidak dapat mengawal emosi diri lalu menangis sambil jerit-menjerit. :rofl2:Saya harap dapat pergi ke ice show atau pertandingan figure skating pada suatu hari nanti untuk tengok persembahan yuzu dengan mata sendiri :yahoo:Ps: saya turut berasa bangga kerana Malaysia mempunyai figure skater (julian yee) yang berkualiti sehingga layak menyertai pertandingan olimpik!!! ^^

Link to comment
Share on other sites

21 hours ago, MallisaSaila said:

Welcome @ranran buat macam rumah sendiri ye, memandangkan tuan rumah macam busy je. Jom kita meriahkan benang ni hihihi

awak semua bila start minat dengan yuzu? Sy maybe masa Olympic yg lepas. 😅😅:embSwan:

Terima kasih! Saya dah member waktu awal-awal website baru buka~ waktu penghijrahan beramai-ramai dari forum lagi satu hahahaha tapi macam tak sempat nak aktif sangat~ lepas tu baru perasan ada section untuk peminat dari Malaysia. Tak pernah jumpa lagi peminat dari Malaysia so macam excited haha

Saya start minat grand prix final 2013, tapi betul-betul ikut update semua tu start Olympic 2014. Rasa pelik sembang pasal Yuzu dalam bahasa ibunda ku sebab sebelum ni ramai overseas fans je kan hahaha

Link to comment
Share on other sites

15 hours ago, Everlyuzu said:

@MallisaSaila Betul x3!!! :tumblr_m9gcttgdYF1qzckow:Masa free program kumpulan lelaki, saya dalam perjalanan ke rumah saudara-mara untuk menyambut Tahun Baru Cina. Saya pegang je telefon pintar saya sepanjang masa untuk tengok livestream. Mmg seronok!! Apabila tahu bahawa dia menang, saya tidak dapat mengawal emosi diri lalu menangis sambil jerit-menjerit. :rofl2:Saya harap dapat pergi ke ice show atau pertandingan figure skating pada suatu hari nanti untuk tengok persembahan yuzu dengan mata sendiri :yahoo:Ps: saya turut berasa bangga kerana Malaysia mempunyai figure skater (julian yee) yang berkualiti sehingga layak menyertai pertandingan olimpik!!! ^^

Dan sekarang Julian layak untuk bertanding kat Grand Prix pula! Macam tak percaya je! sebab susah kot nak dijemput untuk bertanding kat Grand Prix tambah lagi skaters dari negara yang takda musim sejuk.

Link to comment
Share on other sites

@ranranbukan senang nak cari kawan-kawan yang ada minat yang sama, dan dari negara yang sama pulak tu kan. Best tau dapat borak-borak dlm bahasa ni. :4:

Lepas ni boleh lah jerit2 ‘Malaysia’ kat Grand Prix  pulak. Hihihi julian ni sebenarnya ada potensi utk masuk final stage kat Olympic 4 tahun lagi rasanya 

Tau tak activiti yuzu untuk yang terdekat ni. FAOI memang dah habis ke?

Link to comment
Share on other sites

Hai semua.. saya start minat yuzu bulan april 2016 lepas world 2016. sebelum tu tak minat pun figure skating nih. kalau minat pun kim yuna sebab minat kpop then beralih ke Tenimyu. tapi kelakar sebab saya tahu yuzuru ni sebab kuroba mario. saya minat tenimyu dulu then baru cari ahli2 tenimyu so tengok bio kuroba ni dia datang dari sendai yuzuru pun orang sendai so tahu dari situ. habis selongkar semua video dalam youtube. 

Link to comment
Share on other sites

9 hours ago, syasya said:

Hai syasya! nice to meet you! Wow pergi google kuroba mario sekejap.

21 hours ago, MallisaSaila said:

@ranranbukan senang nak cari kawan-kawan yang ada minat yang sama, dan dari negara yang sama pulak tu kan. Best tau dapat borak-borak dlm bahasa ni. :4:

Lepas ni boleh lah jerit2 ‘Malaysia’ kat Grand Prix  pulak. Hihihi julian ni sebenarnya ada potensi utk masuk final stage kat Olympic 4 tahun lagi rasanya 

Tau tak activiti yuzu untuk yang terdekat ni. FAOI memang dah habis ke?

Untuk masa terdekat ni memang FAOI dah habis dah~ selalunya Yuzuru dah tak appear kat mana-mana ice show. So lepas ni is media day kat TCC, selalu Yuzuru tunjuk program baru dia waktu media day ni. Tapi tak tahu lagi bila diorg akan siarkan sebab tahun-tahun lepas kecuali tahun 2016 diorg siar awal bulan Ogos, 2016 tu sebab Yuzuru cedera so lambat sikit bulan September baru siar. Harap-harap cepat lah dia siar sebab tak sabar nak tengok Yuzuru guna lagu apa season depan haha.

Link to comment
Share on other sites

Team Japan byk dah announce new programme mereka kecuali yuzu. Mcm akan terdengar bunyi jeng jeng jeng apabila dia buat announcement. (Dramatic! xD) :peek:

Nak tanya juga, mcm mana fanyu-fanyu sekalian menonton faoi/ice show/pertandingan figure skating? Saya menonton dari rabbit apps~ tapi rasanya kurang puas kerana bukan HD sangat:sorrow:

Link to comment
Share on other sites

2 hours ago, Everlyuzu said:

Yuzuru memang suka extra sikit hahaha~

Boleh cari kat Youtube biasa HD kat situ for example https://www.youtube.com/watch?v=-eVEEO4Uzyw

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
×
×
  • Create New...